Tips temuduga
Pasti ramai di kalangan belia - belia di luar sana yang masih tercari - cari pekerjaan. Terutama bagi graduan yang sehingga kini sudah bergelar golongan belia tetapi masih lagi menganggur.

Bukan lah kerana kelulusan anda yang tidak cukup bagus, tetapi adalah kerana berpunca daripada kegagalan dalam berhadapan dengan sesi temuduga.
Maka di sini saya mahu berkongsi sedikit tips yang mungkin boleh dipraktikkan semasa menghadapi sebarang temuduga:
1. Menunjukkan anda minat pada kerja yang dipohon.
Anda boleh bertanya berkaitan kerja-kerja yang bakal anda lakukan. Ini menunjukkan anda benar-benar mahukan pekerjaan tersebut.
2. Berpakaian kemas.
Ini sangat penting. Persembahan yang pertama anda dapat tunjukkan pada penemuduga ialah pakaian. Jika gagal berpakaian kemas, bermakna anda gagal mendapat pekerjaan.
3. Dengar dengan teliti arahan penemuduga.
Pastikan anda dapat menjawab soalan yang ditanya, Bukan lain yang ditanya lain yang dijawab. Fikiran anda barus tertumpu kepada setiap patah perkataan penemuduga.
4. Buat ulangkaji tentang soalan yang bakal ditanya.
Anda harus mengetahui di sektor mana institusi tersebut berada. Anda perlu mengetahui tentang skop kerja anda, Sebagai contoh, kalau anda mohon bahagian QC (Quality Control), Pastikan anda tahu serba sedikit kerja yang bakal anda lakukan.
5. Gunakan bahasa yang baik.
Jika penemuduga bercakap dalam bahasa Melayu, anda juga perlu menjawab dalam bahasa Melayu. Begitu juga jika penemuduga berbahasa Inggeris. Elakkan dari menggunakan bahasa rojak.
6. Tunjukkan pada penemuduga yang anda seorang yang boleh diharap.
Anda perlu mencari kelebihan dri anda dan anda harus menyatakan pada penemuduga. Bayangkan anda seorang bos yang mahu mencari pembantu, pasti pilihan anda yang terbaik bukan?
7. Bercakap dengan jelas dan terang.
Pastikan anda menyusun perkataan anda sebelum berhadapan dengan penemuduga. Apabila anda bersedia, pasti anda akan yakin untuk menjawab setiap pertanyaan penemuduga.
8. Buka minda anda.
Apabila penemuduga bertanya sesuatu perkara, anda haruslah menjawab dengan memandang ke arah skop yang besar. Sebagai contoh, jika ditanya mengenai proses perisian, anda juga boleh menyatakan tentang perisian dan komputer. Skopnya lebih luas dan terbuka.
9. Boleh memberi pendapat tentang sesuatu perkara.
Pastikan anda bersedia untuk menjawab soalan yang memerlukan anda untuk menanyakan pendapat atau komen. Penemuduga mahu melihat sejauh mana cara anda berfikir.
10. Jangan bertanya mengenai gaji kepada penemuduga.
Ini mungkin akan mengakibatkan anda tidak disenangi kerana bertanya mengenai perkara sulit.
Jadi itu sahaja setakat ini, diharap anda memanfaatkan tips temuduga ini sebaiknya. Semoga berjaya buat anda!