Tips Menghadapi Peperiksaan
SALAM semua pelajar-pelajar..!
Sekarang ini ialah musim peperiksaan bagi pelajar-pelajar SPM dan STPM. Pelajar-pelajar pasti sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan tentang tips-tips untuk menghadapi peperiksaan.
1. HUBUNGAN YANG KUAT DENGAN PENCIPTA
Apabila mahu memulakan sesuatu, kita harus memohon pertolongan dari tuhan yang Maha Esa. Maka sebelum belajar atau mengulangkaji pelajaran, kita haruslah berdoa pada Ilahi supaya dilembutkan hati dan memudahkan kita untuk belajar dan mudah memahami apa yang dipelajari.
2. MENGULANGKAJI PELAJARAN
Setiap kali selepas belajar sesuatu pelajaran baru, pelajar perlu mengulangkaji pelajaran. Sebaiknya-baiknya apabila belajar hari ini, hari ini juga harus diulang supaya terus ingat di dalam otak. Dan apabila hampir peperiksaan, kita akan mudah mengingat kembali apa yang telah dipelajari.
3. MENYEMAK JADUAL
Sebelum menghadapi peperiksaan, pelajar perlu mengetahui pelajaran yang mana hendak diulangkaji. Jadi semak jadual dengan betul supaya tidak berlaku masalah apabila tidak mengetahui jadual yang sebenar.
4. DAPATKAN REHAT YANG CUKUP
Rehat yang cukup penting untuk persediaan pelajar-pelajar. Pelajar perlu mendapatkan tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari supaya mendapat kesegaran apabila hendak menjawab peperiksaan.
5. MEMBUAT PERSIAPAAN AWAL
Sediakan alat-alat yang diperlukan sebelum peperiksaan awal-awal. Alat tulis perlu cukup bagi mengelakkan timbul masalah apabila mahu berhadapan dengan peperiksaan.
6. MENGETAHUI KUNCI PEPERIKSAAN
Kunci peperiksaan hanya akan didapati apabila pelajar banyak melakukan ulangkaji. Pelajar akan mengetahui kunci bagi peperiksaan bagi setiap mata pelajaran.
7. MEMBUAT PETA MINDA
Peta minda ialah ringkasan bagi setiap pelajaran yang dibuat dengan membuat gamba rajah. Cara ini akan memudahkan pelajar mengingati apabila mengetahui kata kunci bagi setiap pelajaran.
Jadi selamat mencuba tips-tips diatas. Saya mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar-pelajar semua.