Tips dan petua berhenti merokok



Tips dan petua berhenti merokok

Saya dahulunya merupakan seorang perokok. Kini sudah hampir setahun saya dapat berhenti dari merokok. Saya menghabiskan umur saya selama hampir 13 tahun untuk menjalankan kegiatan tidak berfaedah ini. Merokok hanya menyebabkan saya selalu tidak cukup wang, selalu sakit dada, dan selalu merasa runsing bila kehabisan rokok.


Bagi sesiapa yang membuka laman ini, pasti sudah tertanam azam buat saudara atau saudari untuk berhenti merokok. Maka itu adalah satu petanda yang baik.


Dari itu saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya bagaimana cara saya dapat berhenti merokok. Diharap agar sesiapa yang membaca dapat manfaat dari penulisan saya.


Disini ialah tips -tips dan petua berhenti merokok:

Menekadkan azam bersungguh - sungguh untuk berhenti merokok.
Ini adalah yang pertama anda perlu lakukan.Tekad anda adalah sangat penting. Anda mahukan kehidupan yang lebih baik, maka anda telah bertekad untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik untuk diri dan keluarga anda.

Melengahkan masa merokok:
Apabila anda teringin untuk merokok, buat sesuatu perkara yang lain dengan tujuan untuk melengah-lengahkan anda menghisap rokok. Maka dengan cara ini, anda tidak mempunyai masa untuk merokok.

Menarik nafas panjang:
Semasa anda terasa mahu merokok, tarik nafas sedalam-dalamnya dan tahan selama 10 saat. Dan terus melakukan perkara lain. Keinginan anda pada rokok pasti hilang.

Buangkan sifat 'hanya sebatang':
Tidak ada bukti yang menunjukkan istilah 'ini rokok terakhir' boleh menyebabkan anda berhenti merokok. Kerana anda masih ada lagi keinginan untuk merokok. Jadi tidak ada istilah 'rokok terakhir ini sahaja'. Anda perlu terus berhenti dan membuang rokok. Saya sudah lakukannya, tidak ada masalah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Mengurangkan lepak bersama perokok lain:
Apabila anda melihat seseorang merokok, maka anda juga ingin merokok. Jadi anda perlu mengelakkan diri dari terjebak dengan kegiatan merokok ini.

Membeli produk sampingan:
Anda boleh mencuba untuk menggunakan pil atau ubat berhenti merokok. Cara ini dapat membantu 30% dari proses anda untuk berhenti merokok. Selebihnya terletak di tangan anda.

Berdoa:
Anda perlu berdoa pada Ilahi agar diberi kekuatan untuk berubah menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.


Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Saya berdoa agar sesiapa yang ada keinginan mahu berhenti dapat menyempurnakan keinginan mereka dengan jayanya. InsyaAllah.