Tips mengawal emosi



Emosi ialah salah satu unsur yang ada pada manusia. Emosi dikaitkan dengan perasaan seseorang yang bersifat marah. Jadi beremosi adalah suatu yang menyamai dengan keadaan seseorang yang dalam keadaan marah. 



Disini adalah tips-tips bagaimana dalam mengawal kemarahan atau beremosi ini:




1. Mengambil wuduk:


Marah datangnya dari syaitan. Syaitan ini sifatnya api. Maka padamkan api yang berada pada diri anda dengan mengambil wuduk. Ini menyebabkan kemarahan anda hilang serta-merta.


2. Duduk, baring, atau berdiri:


Jika anda marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Jika dalam keadaan duduk, maka baringlah. Begitulah sebaliknya. Itulah yang disuruh oleh nabi kita S.A.W. Dan setiap apa yang disuruh oleh nabi kita pasti membawa kejayaan kepada kita.


3.  Fikirkan sejenak


 Apakah kesan yang akan berlaku jika anda tidak mengawal emosi anda. Keadaan akan menjadi lebih teruk. Jadi kawal emosi dengan berfikir dengan cara yang lebih bijak.


4. Letakkan diri di tempat sama:


Jika anda dimarahi oleh kesilapan anda sendiri, pasti anda mahu dimarahi dengan berpada-pada. Begitulah juga bila anda memarhi orang lain. Orang lain juga mahukan keadaaan yang sama.


5. Periksa dahulu:


Sebelum anda beremosi, periksa dahulu apakah kesalahan yang telah menyebabkan anda beremosi. Pasti ada sesuatu hikmah disebalik setiap yang berlaku. Sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara.


6. Banyakkan istifar:


Syaitan akan sentiasa suka kepada orang yang marah. Maka banyakkan istifar dapat mengurangkan marah pada diri anda. Syaitan akan berjaya dilawan.


7. Tarik nafas sedalam-dalamnya:


Sebaik sahaja anda mahu marah, tarik nafas sedalam-dalamnya dan tahan selama 10 saat. Kemudian hembuskan perlahan-lahan dengan niat untuk meredakan kemarahan. Sentiasa berfikiran positif dalam setiap tindakan anda.


8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

Begitulah sedikit sebanyak tips yang boleh dikongsikan. Semoga beroleh manfaat dari tips ini. 

Terima kasih.