Tips penjagaan kesihatan cara nabi
Nabi kita Muhammad S.A.W ialah merupakan contoh yang terbaik buat kita semua manusia. Baginda menunjukkan segala perlakuan yang terbaik sama ada dari sudut zahir mahupun batin.
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips mengenai cari nabi menjaga kesihatan diri. Sebenarnya kesucian hati merupakan asas bagi menyempurnakan kesucian diri. Kerana hati ialah permulaan bagi segala perlakuan tubuh badan. Apabila hati bersih, seluruh jiwa juga akan bersih.
Disini ialah bagaimana nabi dapat menjaga kesihatan diri:
1. Pemaaf
Nabi S.A.W ialah seorang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Sifat ini sangat mulia kerana dengan sifat ini hati sentiasa akan menjadi tenang. Hati yang tenang dan bersih akan melahirkan tubuh badan yang sihat.
Dikatakan nabi memaafkan setiap kesalahan semua manusia setiap kali sebelum tidur. Kita juga digalakkan untuk memaafkan setiap kesalahan manusia seperti mana yang dilakukan oleh baginda S.A.W.
2. Bersolat tahajjud
Nabi mengambil masa sepertiga malam untuk bersolat tahajjud. Biasanya baginda akan bangun lebih kurang pukul 3 pagi untuk bersolat tahajjud. Sebelum masuk waktu Subuh, baginda akan tidur sebentar untuk mendapat kesegaran sewaktu solat Subuh berjemaah.
Bangun awal akan menyebabkan badan kita menjadi segar dan keadaan ini akan menyebabkan kita terhindar dari penyakit dan menguatkan akal fikiran.
3. Menjaga kebersihan
Kebersihan sangat penting dalam kehidupan. Kebersihan akan melahirkan tubuh badan yang sihat. Nabi S.A.W seorang yang sangat pembersih. Baginda suka memakai wangi-wangian dan menyisir rambut setiap hari sebelum tidur.
Bersih juga dikatakan tanda-tanda orang yang kusyuk dalam solat. Maka untuk mengetahui tahap kekusyukan juga boleh dilihat melalui tahap kebersihan seseorang.
4. Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Cara duduk nabi semasa makan ( duduk diatas kaki kiri sementara kaki kanan dilipat ) menyebabkan perut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu makanan, minuman, dan udara.
Islam juga mewajibkan kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan dan kita juga dituntut untuk berpuasa sunat pada setiap hari isnin dan khamis untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita.
5. Selalu berjalan kaki
Nabi S.A.W selalu bergerak ke masjid dengan berjalan kaki. Nabi juga selalu melakukan ziarah dari rumah ke rumah dengan berjalan kaki.
Dengan berjalan yang banyak akan menyebabkan jantung kita mengepam dengan baik apabila mendapat oksigen yang mencukupi. Secara tidak langsung apabila kita berjalan, kita dapat menjaga kesihatan tubuh badan kita.
6. Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.
7. Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
8. Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”