Tips Blog Berjaya

18 Tips Blog Berjaya



1. Banyakkan membaca
 - Lebih banyak anda membaca, lebih baik penulisan anda. Ia akan membantu anda memahami minda pembaca blog. Apa yang mereka mahu, bagaimana maklumat yang mereka suka, apa yang menarik minat mereka, dan banyak lagi.
Baca blog yang baik dan ambil perhatian terhadap pembacaan anda.


2. Menarik 
- Pembaca mahu mencari yang segar, berharga, maklumat yang luar biasa menghiburkan. Berusaha untuk menyampaikan lebih daripada hanya fakta. Penulisan lebih untuk mereka, bukan untuk anda.


3. Dapatkan gaya yang baik
- Gaya, tatabahasa, ejaan, semua diambil kira. Jika penonton anda tidak mendapatkan makna anda. Pastikan anda menerangkannya.
Menyampaikan perkara yang berharga adalah lebih penting daripada mengikuti mana-mana kaedah.


4. Konsisten
 - Anda hanya baik sebagai last post anda


5. Membangunkan kepakaran 
- Anda tidak mungkin seorang pakar sekarang tetapi anda boleh menjadinya. Kongsi apa yang anda belajar dan mengetahui.


6. Berkomunikasi sebagai tarikan
- Jika anda suka sesuatu perkara kemudian memberitahu pembaca anda, berkongsi keghairahan anda, ia akan berjangkit menyebabkan pembaca juga turut ghairah.


7. Menulis dengan lebih baik 
- Semua kita boleh meningkatkan penulisan kita tetapi ia memerlukan usaha dan motivasi.


8. Berkongsi pengalaman anda 
- Apabila anda belajar sesuatu yang baru, memberitahu pembaca anda tentang hal itu. Kajian kes adalah kandungan yang cemerlang.


9. Meneroka dan mencuba 
- Terus mencuba pelbagai perkara baru, tidak pernah berada di takuk lama.


10. Menjadikan diri anda unik
 - Jika anda adalah sama seperti orang lain, kenapa orang akan melawat blog anda?


11. Paparan yang baik
- Mengambil kira penampilan, kedua-duanya dari segi reka bentuk blog anda dan paparan anda. Pastikan selesa di mata pembaca.


12. Membuat kesan yang besar yang pertama 
- Adakah pengunjung baru mengetahui apakah blog anda di bawah 10 saat? Mereka boleh menavigasi dengan mudah? Di mana adalah kandungan terbaik blog anda?


13. Membina momentum 
- Pastikan berusaha setiap hari, tidak berpuas hati dengan sedia ada, sentiasa berusaha untuk mendapatkan kandungan yang terbaik.


14. Mengoptimumkan 
- Pastikan mencari sesuatu yang baru, terus meningkatkan penulisan hari demi hari.


15. Menulis dengan fokus 
- Jangan mensia-siakan perhatian pembaca anda, memberikan mereka apa yang mereka datang untuk kepuasan mereka.


16. Berkembang pengalaman anda 
- Adakan perjalanan yang jauh. Jauh perjalanan, luas pengalaman.


17. Berpegang kepada semangat 
- Pastikan api sentiasa membakar, jangan biarkan pembaca anda membaca sesuatu yang membosankan.


18. Mengutamakan kualiti daripada kuantiti - Kurang kick-ass artikel adalah lebih baik daripada artikel yang begitu banyak.

Tips dan petua penjagaan suara



Tips dan petua penjagaan suara





Suara merupakan anugerah hebat yang dikurniakan Ilahi. Kita wajib bersyukur di atas anugerah yang dikurniakan pada kita. Disini ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk menjaga kurniaan yang diberi oleh Ilahi pada kita.

1. Minum air masak yang cukup
Air masak begitu penting untuk suara yang baik. Sehari sebaiknya kita perlu mengambil air masak sekurang-kurangnya 3-4 gelas.

2. Jangan merokok
Merokok merupakan punca suara menjadi tidak sedap. Jika ada merokok, bersegeralah berhenti. Lagipun tiada faedah jika merokok. Menghabiskan duit dengan sia-sia.

3. Lembabkan suhu udara di rumah dan di tempat kerja.
Kelembapan baik untuk suara. Keadaan yang terlalu sejuk atau terlalu panas menyebab suara akan terjejas.

4. Lakukan senaman mulut
Terdapat dua jenis senaman:
Mengetap gigi sambil membuka mulut dan tangan digengam. Lakukan 10x. (kiraan 5)
Kemutkan muka sambil menguncupkan jari-jari kedua tangan dan menjelirkan lidah. Lakukan sebanyak 5x. (kiraan 5)

5. Mengawal stress
Apabila anda mengalami stress, atasinya kerana ia turut akan menjejaskan kualiti suara anda.

6. Jika batuk, kurangkan bercakap.
Banyak bercakap semasa sakit batuk menyebabkan kotak suara tidak mampu untuk berfungsi dengan baik.

7. Minum perahan air limau dan gula batu
Perah sedikit air limau dan dicampurkan dengan gula baru. Amalkan setiap hari sebelum sarapan.

Begitulah sedikit tips dari saya. Semoga dapat dimanfaatkan tips-tips diatas. Yang penting semuanya datang dari Allah. Kita hanyalah berikhtiar.

Tips penjagaan kesihatan cara nabi



Tips penjagaan kesihatan cara nabi




Nabi kita Muhammad S.A.W ialah merupakan contoh yang terbaik buat kita semua manusia. Baginda menunjukkan segala perlakuan yang terbaik sama ada dari sudut zahir mahupun batin.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips mengenai cari nabi menjaga kesihatan diri. Sebenarnya kesucian hati merupakan asas bagi menyempurnakan kesucian diri. Kerana hati ialah permulaan bagi segala perlakuan tubuh badan. Apabila hati bersih, seluruh jiwa juga akan bersih.

Disini ialah bagaimana nabi dapat menjaga kesihatan diri:

1. Pemaaf


Nabi S.A.W ialah seorang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Sifat ini sangat mulia kerana dengan sifat ini hati sentiasa akan menjadi tenang. Hati yang tenang dan bersih akan melahirkan tubuh badan yang sihat.

Dikatakan nabi memaafkan setiap kesalahan semua manusia setiap kali sebelum tidur. Kita juga digalakkan untuk memaafkan setiap kesalahan manusia seperti mana yang dilakukan oleh baginda S.A.W.

2. Bersolat tahajjud


Nabi mengambil masa sepertiga malam untuk bersolat tahajjud. Biasanya baginda akan bangun lebih kurang pukul 3 pagi untuk bersolat tahajjud. Sebelum masuk waktu Subuh, baginda akan tidur sebentar untuk mendapat kesegaran sewaktu solat Subuh berjemaah.

Bangun awal akan menyebabkan badan kita menjadi segar dan keadaan ini akan menyebabkan kita terhindar dari penyakit dan menguatkan akal fikiran.

3. Menjaga kebersihan


Kebersihan sangat penting dalam kehidupan. Kebersihan akan melahirkan tubuh badan yang sihat. Nabi S.A.W seorang yang sangat pembersih. Baginda suka memakai wangi-wangian dan menyisir rambut setiap hari sebelum tidur.

Bersih juga dikatakan tanda-tanda orang yang kusyuk dalam solat. Maka untuk mengetahui tahap kekusyukan juga boleh dilihat melalui tahap kebersihan seseorang.

4. Tidak pernah makan berlebihan


Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Cara duduk nabi semasa makan ( duduk diatas kaki kiri sementara kaki kanan dilipat ) menyebabkan perut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu makanan, minuman, dan udara.

Islam juga mewajibkan kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan dan kita juga dituntut untuk berpuasa sunat pada setiap hari isnin dan khamis untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita.

5. Selalu berjalan kaki

Nabi S.A.W selalu bergerak ke masjid dengan berjalan kaki. Nabi juga selalu melakukan ziarah dari rumah ke rumah dengan berjalan kaki.

Dengan berjalan yang banyak akan menyebabkan jantung kita mengepam dengan baik apabila mendapat oksigen yang mencukupi. Secara tidak langsung apabila kita berjalan, kita dapat menjaga kesihatan tubuh badan kita.

6. Tidak pemarah


Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.

7. Optimis dan tidak putus asa


Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

8. Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Tips Menghadapi Peperiksaan



Tips Menghadapi Peperiksaan



SALAM semua pelajar-pelajar..!

Sekarang ini ialah musim peperiksaan bagi pelajar-pelajar SPM dan STPM. Pelajar-pelajar pasti sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan tentang tips-tips untuk menghadapi peperiksaan.

Di sini ialah tips dan petua bagi menghadapi peperiksaan:

1. HUBUNGAN YANG KUAT DENGAN PENCIPTA
Apabila mahu memulakan sesuatu, kita harus memohon pertolongan dari tuhan yang Maha Esa. Maka sebelum belajar atau mengulangkaji pelajaran, kita haruslah berdoa pada Ilahi supaya dilembutkan hati dan memudahkan kita untuk belajar dan mudah memahami apa yang dipelajari.


2. MENGULANGKAJI PELAJARAN
Setiap kali selepas belajar sesuatu pelajaran baru, pelajar perlu mengulangkaji pelajaran. Sebaiknya-baiknya apabila belajar hari ini, hari ini  juga harus diulang supaya terus ingat di dalam otak. Dan apabila hampir peperiksaan, kita akan mudah mengingat kembali apa yang telah dipelajari.


3. MENYEMAK JADUAL
Sebelum menghadapi peperiksaan, pelajar perlu mengetahui pelajaran yang mana hendak diulangkaji. Jadi semak jadual dengan betul supaya tidak berlaku masalah apabila tidak mengetahui jadual yang sebenar.


4. DAPATKAN REHAT YANG CUKUP
Rehat yang cukup penting untuk persediaan pelajar-pelajar. Pelajar perlu mendapatkan tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari supaya mendapat kesegaran apabila hendak menjawab peperiksaan.


5. MEMBUAT PERSIAPAAN AWAL
Sediakan alat-alat yang diperlukan sebelum peperiksaan awal-awal. Alat tulis perlu cukup bagi mengelakkan timbul masalah apabila mahu berhadapan dengan peperiksaan.


6. MENGETAHUI KUNCI PEPERIKSAAN
Kunci peperiksaan hanya akan didapati apabila pelajar banyak melakukan ulangkaji. Pelajar akan mengetahui kunci bagi peperiksaan bagi setiap mata pelajaran.


7. MEMBUAT PETA MINDA
Peta minda ialah ringkasan bagi setiap pelajaran yang dibuat dengan membuat gamba rajah. Cara ini akan memudahkan pelajar mengingati apabila mengetahui kata kunci bagi setiap pelajaran.


Jadi selamat mencuba tips-tips diatas. Saya mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar-pelajar semua.

Resepi Tom Yam Ori (tanpa perencah)

Tom Yam Ori (tanpa perencah)

Bahan - bahan:

  1.  Ayam 1 setengah ekor 
  2. Serai 5 batang (dipotong halus)
  3. Bawang besar 3 biji
  4. Bawang kecil 1 biji besar
  5. Asam jawa 100gram
  6. Serbuk kunyit
  7. Cili bow setengah paket 
  8. Garam gula 
  9. Daun limau purut
  10. Sayur
  11. Tomato
  12. Cili api

Cara:
  1. Tumis bawang besar dan kecil dan serai.
  2. Masukkan cili bow dan goreng sehingga cili masak.
  3. Masukkan air asam dan serbuk kunyit.
  4. Masukan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan sayur - sayuran, tomato, dan cili api.
  6. Masukkan ayam dan tunggu sehingga masak. (nak lebih sedap masukkan udang, sotong, dan lain-lain)


Siap! Selamat Mencuba~!


Tom yam Ori

Tips menghilangkan bau badan



Tips menghilangkan bau badan


Anda mengalami masalah bau badan? 


Bau badan sebenarnya berasal dari peluh yang terhasil dari badan kita. Seseorang yang banyak menghasilkan peluh selalunya mengalami bau badan yang kurang menyenangkan. Ia pastinya akan menganggu urusan kita dan juga menganggu orang-orang yang berada di sekeliling kita apabila badan kita berbau.

Jadi disini ialah tips dan petua bagaimana cara untuk menghilangkan bau badan:


  1. Menjaga kebersihan diri anda. Anda perlulah mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
  2. Gunakan sabun antiseptik setiap kali semasa mandi. Sabun antiseptik dapat menghilangkan bakteria yang boleh menyebabkan bau badan.
  3. Kurangkan makan makanan yang berlemak, terutama daging.
  4. Jika kamu seorang yang gemuk, amalkan diet yang seimbang kerana badan gemuk menghasilkan banyak peluh yang menyebabkan bau.
  5. Gunakan daun sirih dengan merebus dan minum satu gelas setiap hari. Cara ini dapat mengurangkan bau badan yang kurang menyenangkan.
  6. Kurangkan makan makanan yang pedas dan panas kerana boleh menyebabkan peluh yang banyak.
  7. Selepas mandi, letak timun di ketiak atau tempat-tempat yang berbau pada badan.
  8. Memakai deodorant yang sesuai dengan badan anda. Deodorant yang salah juga mungkin penyebab bagi bau badan yang masam.

Jadi sampai sini sahaja dahulu saya dapatkan berkongsi. Diharap tips dan petua ini berguna untuk anda semua.
Terima kasih.

Resepi nasi ayam minang

Resepi nasi ayam minang


Nasi ayam minang terbaik



Bahan untuk Sup ayam:
1. Bawang besar 5
2. Bawang kecil 3
3. Halia sedikit
4. Jintan manis 1sudu
5. Jintan putih 1sudu
6. Ketumba 1sudu (sup bunjut, tak perlu jintan & ketumba)
7. Garam, ajinomoto, lada sulah.
8. Kayu manis 2 campur-campur.
9. Ayam seekor
10. Air setengah periuk
11. Daun sup
12. Bawang goreng

Bahan untuk Sos cili:
1. Cili besar 10
2. Cili kecil 20
3. Bawang kecil 3
4. Garam, ajinomoto, gula
5. Limau nipis.
6. Air masak sedikit

Bahan untuk Nasi ayam:
1. Beras 5 put
2. Sup ayam 6 (tak perlu air  paip)
3. Daun pandan 3
4. Mentega 2sudu
5. Minyak sapi 2sudu

Bahan untuk Ayam goreng:
1. Kicap manis
2. Kicap mee
3. Ayam dari sup ayam.

Bahan untuk Sayuran:
1. Timun
2. Tomato

Siap! SELAMAT MENCUBA!!



Tips menghilangkan jerawat


Tips menghilangkan jerawat


Jerawat merupakan salah satu perkara yang sangat tidak disukai oleh kaum wanita. Terutamanya apabila ia berlaku sebelum sesuatu majlis yang besar berlaku. Pastinya wanita tidak mahu menujukkan muka mereka apabila mengalami situasi sebegini.


Hari ini saya mahu berkongsi tips bagi menghilangkan jerawat ini:

1. Mencuci wajah dengan pencuci yang sesuai
Jerawat berpunca dari kotoran atau minyak yang melekat pada kulit wajah. Dengan mencuci muka dengan pencuci muka yang sesuai, kotoran yang melekat pada wajah akan hilang dan menyebabkan jerawat tidak akan timbul. Cucilah wajah anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

2. Banyakkan minum air masak
Air yang mencukupi akan menyebabkan wajah anda sihat. Setiap hari seharusnya minumlah air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Pasti wajah anda akan sihat dan bertenaga.

3. Gunakan kain lap yang kering dan bersih
Ramai di antara yang menggunakan tuala untuk mengelap muka setelah dicuci. Saya menasihatkan anda mempunyai kain yang khas apabila selesai mencuci muka kerana kain tuala yang kotor menyebabkan bakteria akan merebak ke permukaan wajah.

4. Menggunakan pelembap kulit
Pelembap kulit baik untuk kulit yang kering dan bermasalah. Apabila menggunakan pelembap kulit, kulit wajah akan menjadi sihat dan cantik.

5. Mencuci muka sebelum tidur
Ini sangat penting dilakukan kerana waktu tidur merupakan waktu yang sangat selalu berlaku pertumbuhan jerawat. Apabila kulit muka bersih sebelum tidur, maka jerawat tidak dapat terhasil.

6. Dapatkan tidur yang mencukupi
Kulit wajah juga memerlukan rehat. Kulit akan menjadi tegang apabila terlalu penat. Maka sekurang-kurangnya sehari anda harus tidur sekurang-kurangnya 6 jam.

7. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran
Buah-buahan dan sayuran seperti tomato sangat baik untuk kesihatan kulit. Saya menggalakkan supaya memakan buah tomato secara mentah kerana tomato merupakan sayuran yang terbaik dalam menjga kesihatan kulit wajah.

8. Menggunakan tepung sebelum tidur
Campurkan tepung gandum dengan air, ratakan ke seluruh wajah sebelum tidur. Ini juga akan dapat menjaga kesihatan kulit wajah kerana bakteria tidak dapat membiak dalam situasi sebegini.

Banyak lagi tips-tips dan petua yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kulit dan menghilangkan jerawat ini. Diharap dapat digunakan pengetahuan ini dengan sebaik-baiknya.

Terima kasih.

Ayam kampung masak lemak cili api


Ayam kampung masak lemak cili api

Ayam kampung masak lemak cili api (resepi nogori - tanpa bawang)


Bahan -  bahan:

  1. 1 ekor ayam kampung
  2. 5 batang serai
  3. Kunyit hidup
  4. Daun limau
  5. Daun kunyit
  6. Cili api
  7. Santan
  8. 2 biji tomato
Cara - cara:

  1. Serai, kunyi hidup, dan cili api dikisar atau ditumbuk.
  2. Letak sedikit minyak dan tumis bahan yang telah dikisar.
  3. Masukkan air secawan.
  4. Masukkan santan.
  5. Masukkan daun kunyit dan daun limau.
  6. Letakkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Letakkan tomato tanpa memotong.
  8. Masukkan ayam yang telah dipotong.
  9. Masak selama 20minit.
Siap! Selamat mencuba!

Tips temuduga


Tips temuduga


Pasti ramai di kalangan belia - belia di luar sana yang masih tercari - cari pekerjaan. Terutama bagi graduan yang sehingga kini sudah bergelar golongan belia tetapi masih lagi menganggur.


Bukan lah kerana kelulusan anda yang tidak cukup bagus, tetapi adalah kerana berpunca daripada kegagalan dalam berhadapan dengan sesi temuduga.

Maka di sini saya mahu berkongsi sedikit tips yang mungkin boleh dipraktikkan semasa menghadapi sebarang temuduga:

1. Menunjukkan anda minat pada kerja yang dipohon. 
Anda boleh bertanya berkaitan kerja-kerja yang bakal anda lakukan. Ini menunjukkan anda benar-benar mahukan pekerjaan tersebut.

2. Berpakaian kemas. 
Ini sangat penting. Persembahan yang pertama anda dapat tunjukkan pada penemuduga ialah pakaian. Jika gagal berpakaian kemas, bermakna anda gagal mendapat pekerjaan.

3. Dengar dengan teliti arahan penemuduga. 
Pastikan anda dapat menjawab soalan yang ditanya, Bukan lain yang ditanya lain yang dijawab. Fikiran anda barus tertumpu kepada setiap patah perkataan penemuduga.

4. Buat ulangkaji tentang soalan yang bakal ditanya. 
Anda harus mengetahui di sektor mana institusi tersebut berada. Anda perlu mengetahui tentang skop kerja anda, Sebagai contoh, kalau anda mohon bahagian QC (Quality Control), Pastikan anda tahu serba sedikit kerja yang bakal anda lakukan.

5. Gunakan bahasa yang baik. 
Jika penemuduga bercakap dalam bahasa Melayu, anda juga perlu menjawab dalam bahasa Melayu. Begitu juga jika penemuduga berbahasa Inggeris. Elakkan dari menggunakan bahasa rojak.

6. Tunjukkan pada penemuduga yang anda seorang yang boleh diharap. 
Anda perlu mencari kelebihan dri anda dan anda harus menyatakan pada penemuduga. Bayangkan anda seorang bos yang mahu mencari pembantu, pasti pilihan anda yang terbaik bukan?

7. Bercakap dengan jelas dan terang. 
Pastikan anda menyusun perkataan anda sebelum berhadapan dengan penemuduga. Apabila anda bersedia, pasti anda akan yakin untuk menjawab setiap pertanyaan penemuduga.

8. Buka minda anda. 
Apabila penemuduga bertanya sesuatu perkara, anda haruslah menjawab dengan memandang ke arah skop yang besar. Sebagai contoh, jika ditanya mengenai proses perisian, anda juga boleh menyatakan tentang perisian dan komputer. Skopnya lebih luas dan terbuka.

9. Boleh memberi pendapat tentang sesuatu perkara. 
Pastikan anda bersedia untuk menjawab soalan yang memerlukan anda untuk menanyakan pendapat atau komen. Penemuduga mahu melihat sejauh mana cara anda berfikir.

10. Jangan bertanya mengenai gaji kepada penemuduga. 
Ini mungkin akan mengakibatkan anda tidak disenangi kerana bertanya mengenai perkara sulit.

Jadi itu sahaja setakat ini, diharap anda memanfaatkan tips temuduga ini sebaiknya. Semoga berjaya buat anda!

Ayam masak kicap istimewa



Ayam masak kicap



Bahan - bahan:


2 biji Bawang putih
3 biji Bawang merah
1 potong Halia
2 sudu cili bow
Sedikit sos tiram
Sedikit rempah tumis
25ml santan
Kicap
2 biji tomato
5 biji cili kecil


Cara -cara:

  1. Sediakan bahan - bahan.
  2. Goreng ayam yang telah dipotong dengan minyak masak.
  3.  Selepas air masak, tumis bawang pada kuali lain.
  4. Tumis cli bow sehingga masak.
  5. Letakkan santan dan kicap secukup rasa.
  6. Letak cili kecil dan tomato yang dipotong dua.
  7. Apabila siap, taburkan pada ayam yang telah digoreng.
  8. Siap! Selamat mencuba!!

Tips menghilangkan mengantuk



Tips menghilangkan mengantuk


Mengantuk ini merupakan musuh utama semasa seseorang sedang belajar mahupun bekerja. Disebabkan mengantuk, segala perkara yang kita lakukan pasti tidak menjadi atau boleh dikatakan mendapat hasil yang tidak sempurna.



Maka hari ini saya mahu berkongsi sedikit bagi mengatasi mengantuk ini:

1. Dapatkan rehat yang cukup 

Bila rehat cukup pasti kita tidak akan mengantuk. Sehari kita perlu tidur sekurang - kurangnya 6 jam. Rehat yang cukup sangat- sangat penting untuk mendapat fokus semasa belajar. Tidak perlu menghabiskan waktu pada malam hari dengan perkara yang tidak berfaedah. Buang sikap mahu berhibur pada malam hari. Jika terlalu sibuk malam hari, maka siang hari tidak akan mendapat kesegaran semasa belajar atau bekerja.

2. Banyakkan minum air kosong
Apabila anda mula mengalami tanda - tanda mengantuk. Anda perlu minum air kosong. Ia sangat penting untuk mengekalkan oksigen dalam badan kerana oksigen yang cukup dalam badan akan menyebabkan badan tidak mengantuk dan tidak letih.

3. Berehat seketika 

Setiap kerja yang anda lakukan tidak boleh dilakukan berterusan. Apabila cukup satu jam anda bekerja atau belajar, rehat selama 10 minit. Anda boleh melakukakn regangan badan, atau melayari internet buat seketika.

4. Tanam minat anda sedalam - dalamnya

Setiap daripada kita ada tanggungjawab dan peranan. Maka kita perlulah ingat bahawa apa yang kita lakukan pasti ada objektif. Jadi kita perlu kuatkan azam kita supaya lebih fokus semasa melakukan sesuatu pekerjaan. Pasti mengantuk tidak akan menguasi anda,

5. Mengamalkan makanan yang berkhasiat

Anda boleh mengambil makanan yang berkhasiat seperti madu, kismis, habatussauda, dan banyak lagi. Ia sangat badan untuk kesihatan badan sekaligus anda tidak akan merasa mengantuk walau apa yang anda lakukan. Ingat, makanan-makanan ini juga adalah suatu sunnah nabi ya.

Begitulah sedikit sebanyak tips yang dapat saya kongsikan, diharap dapat digunakan tips ini dengan sebaik-baiknya.

Aiskrim goreng segera



Aiskrim goreng cepat dan mudah

Bahan - bahan:

  1. Aiskrim (sebarang jenis)
  2. Roti 
  3. Minyak masak
  4. Cara -cara:

Sediakan bahan-bahan.

  1. Ambil aiskrim satu ceduk dan letak pada sekeping roti.
  2. Ambil roti lagi sekeping dan lapiskan pada roti yang pertama.
  3. Tekan roti menggunakan alat penekan berbentuk bulat.
  4. Tekan sekeliling roti dengan tangan supaya semasa menggoreng, minyak tidak memasuki bahagian aiskrim.
  5. Masukkan ke dalam plastik.
  6. Biarkan ia semalaman di dalam peti ais.
  7. Kemudian, goreng selama lebih kurang 3 saat dengan minyak panas.
  8. Siap untuk dihidangkan.




Siap! Selamat mencuba!!

Tips dan petua berhenti merokok



Tips dan petua berhenti merokok

Saya dahulunya merupakan seorang perokok. Kini sudah hampir setahun saya dapat berhenti dari merokok. Saya menghabiskan umur saya selama hampir 13 tahun untuk menjalankan kegiatan tidak berfaedah ini. Merokok hanya menyebabkan saya selalu tidak cukup wang, selalu sakit dada, dan selalu merasa runsing bila kehabisan rokok.


Bagi sesiapa yang membuka laman ini, pasti sudah tertanam azam buat saudara atau saudari untuk berhenti merokok. Maka itu adalah satu petanda yang baik.


Dari itu saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya bagaimana cara saya dapat berhenti merokok. Diharap agar sesiapa yang membaca dapat manfaat dari penulisan saya.


Disini ialah tips -tips dan petua berhenti merokok:

Menekadkan azam bersungguh - sungguh untuk berhenti merokok.
Ini adalah yang pertama anda perlu lakukan.Tekad anda adalah sangat penting. Anda mahukan kehidupan yang lebih baik, maka anda telah bertekad untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik untuk diri dan keluarga anda.

Melengahkan masa merokok:
Apabila anda teringin untuk merokok, buat sesuatu perkara yang lain dengan tujuan untuk melengah-lengahkan anda menghisap rokok. Maka dengan cara ini, anda tidak mempunyai masa untuk merokok.

Menarik nafas panjang:
Semasa anda terasa mahu merokok, tarik nafas sedalam-dalamnya dan tahan selama 10 saat. Dan terus melakukan perkara lain. Keinginan anda pada rokok pasti hilang.

Buangkan sifat 'hanya sebatang':
Tidak ada bukti yang menunjukkan istilah 'ini rokok terakhir' boleh menyebabkan anda berhenti merokok. Kerana anda masih ada lagi keinginan untuk merokok. Jadi tidak ada istilah 'rokok terakhir ini sahaja'. Anda perlu terus berhenti dan membuang rokok. Saya sudah lakukannya, tidak ada masalah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Mengurangkan lepak bersama perokok lain:
Apabila anda melihat seseorang merokok, maka anda juga ingin merokok. Jadi anda perlu mengelakkan diri dari terjebak dengan kegiatan merokok ini.

Membeli produk sampingan:
Anda boleh mencuba untuk menggunakan pil atau ubat berhenti merokok. Cara ini dapat membantu 30% dari proses anda untuk berhenti merokok. Selebihnya terletak di tangan anda.

Berdoa:
Anda perlu berdoa pada Ilahi agar diberi kekuatan untuk berubah menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.


Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Saya berdoa agar sesiapa yang ada keinginan mahu berhenti dapat menyempurnakan keinginan mereka dengan jayanya. InsyaAllah.

Tips mengawal emosi



Emosi ialah salah satu unsur yang ada pada manusia. Emosi dikaitkan dengan perasaan seseorang yang bersifat marah. Jadi beremosi adalah suatu yang menyamai dengan keadaan seseorang yang dalam keadaan marah. 



Disini adalah tips-tips bagaimana dalam mengawal kemarahan atau beremosi ini:




1. Mengambil wuduk:


Marah datangnya dari syaitan. Syaitan ini sifatnya api. Maka padamkan api yang berada pada diri anda dengan mengambil wuduk. Ini menyebabkan kemarahan anda hilang serta-merta.


2. Duduk, baring, atau berdiri:


Jika anda marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Jika dalam keadaan duduk, maka baringlah. Begitulah sebaliknya. Itulah yang disuruh oleh nabi kita S.A.W. Dan setiap apa yang disuruh oleh nabi kita pasti membawa kejayaan kepada kita.


3.  Fikirkan sejenak


 Apakah kesan yang akan berlaku jika anda tidak mengawal emosi anda. Keadaan akan menjadi lebih teruk. Jadi kawal emosi dengan berfikir dengan cara yang lebih bijak.


4. Letakkan diri di tempat sama:


Jika anda dimarahi oleh kesilapan anda sendiri, pasti anda mahu dimarahi dengan berpada-pada. Begitulah juga bila anda memarhi orang lain. Orang lain juga mahukan keadaaan yang sama.


5. Periksa dahulu:


Sebelum anda beremosi, periksa dahulu apakah kesalahan yang telah menyebabkan anda beremosi. Pasti ada sesuatu hikmah disebalik setiap yang berlaku. Sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara.


6. Banyakkan istifar:


Syaitan akan sentiasa suka kepada orang yang marah. Maka banyakkan istifar dapat mengurangkan marah pada diri anda. Syaitan akan berjaya dilawan.


7. Tarik nafas sedalam-dalamnya:


Sebaik sahaja anda mahu marah, tarik nafas sedalam-dalamnya dan tahan selama 10 saat. Kemudian hembuskan perlahan-lahan dengan niat untuk meredakan kemarahan. Sentiasa berfikiran positif dalam setiap tindakan anda.


8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

Begitulah sedikit sebanyak tips yang boleh dikongsikan. Semoga beroleh manfaat dari tips ini. 

Terima kasih.

Resepi ayam goreng berempah



Ayam goreng berempah power!




Bahan- bahan:


1 ekor ayam
1 sudu teh serbuk kari
1 senduk tepung jagung
1/2 sos tomato
1 sudu serbuk ketumbar
1 inci halia
5 bawang putih
2 bawang besar
5 batang serai (dikisar)
1 batang daun kari
Garam dan gula




Cara memasak:


1. Sediakan ayam.
2. Kisar bawang putih, bawang besar, halia dan serai. Gaulkan pada ayam.
3. Masukkan serbuk kari, tepung jagung, sos tomato, serbuk ketumbar.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan gaulkan semua bahan.
5. Peram selama seharian.
6. Goreng dengan minyak yang panas.
7. Letakkan daun kari.
7. Goreng ayam yang siap diperam.
8. Siap dan hidangkan!